Isnin, 27 Disember 2010

ceRai?? yy

   
Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta rapuh sehingga boleh membawa kepada perceraian.
Keadaan itu akan bertambah meruncing jika pasangan yang berkahwin tidak mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melayari alam berumahtangga.

     “Komunikasi antara suami dan isteri berbeza kerana golongan suami lebih bersikap rasional berbanding isteri yang lebih emosional.
“Begitupun, kedua-duanya perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing serta bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul bersama,” perceraian yang berlaku ke atas sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat atau kahwin spring ini.
Menurutnya, suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap pasangan mereka sebelum berkahwin bagi menyesuaikan diri terutamanya selepas berumahtangga.
Selain itu  masalah seksual juga menjadi antara faktor penyumbang kurangnya persefahaman suami isteri sehingga mengeruhkan suasana dalam rumah tangga.

“Pasangan tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan sesama mereka atau mendapatkan pandangan pakar supaya ia tidak berlarutan,”
Dalam melayari rumah tangga katanya, suami atau isteri perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya ikatan yang dibina dapat berjalan di landasan yang benar.
Menurutnya, jika sesebuah perkahwinan itu hanya mengikut hawa nafsu semata-semata tanpa melihat ke hadapan, sesuatu pasangan itu tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.
Kerana itu katanya, pasangan perlu memahami tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana banyak perkara perlu dititikberatkan bukan sahaja di dalam keluarga itu sendiri tetapi membabitkan pihak terdekat seperti keluarga mertua, saudara mara dan sebagainya,”

Begitupun, apa yang penting pasangan perlu memahami bukan sahaja orang lain tetapi diri sendiri kerana semua yang berlaku adalah bermula dari diri sendiri.


PUNCA BERLAKUNYA PERKAHWINAN SINGKAT
- Masalah komunikasi
- Tiada persefahaman
- Masalah hubungan seks suami isteri
- Sikap mementingkan diri sendiri
- Pasangan tidak memberikan kerjasama dengan baik
- Menjalin hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain
- Tiada pengetahuan ilmu rumahtangga
- Dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang berpengaruh
- Tidak bertanggungjawab
- Mengabaikan nafkah isteri dan keluarga
- Menjalinkan hubungan sejenis
CARA UNTUK MENGATASI
- Bawa berbincang
- Cuba memahami sikap pasangan masing-masing
- Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu
- Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia
- Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin
- Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor
- Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak
- Pelajari ilmu berumahtangga
- Sabar dan menerima pasangan seadanya
- Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf


AA201-agama islam assignment